Monday 12 December 2011

Taubat....(Opick)

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki yang melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinar-Mu

Wahai Tuhan aku lemah
Hilang terumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun dosa

Ya Rabbi
Izinkanlah aku 
Kembali pada-Mu
Mesti mungkin tak kan sempurna
Aku sebagai hamba-Mu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun dosa

Berikanlah aku
Kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali....

Dan meski tak layak
Sujud pada-Mu
Dan sungguh tak layak aku....


(Bila dengar lirik & lagu ini, hati bertambah sayu, masih adakah ruang ku Ya Allah untuk kembali bertaubat pada-Mu....)

Sunday 27 November 2011

Bagaimana Untuk Mengalahkan Lin Dan....

Kalu entry sebelum ni aku membahaskan bagaimana lcw selalu saja berkesudahan tidak baik jika berhadapan lin dan, entry kali ini masih lagi berkisar ttg perkara yg sama cuma kali ini, aku nk share bahawa ada cara sebenarnya utk kalahkan jaguh China trsebut. Negara kita bukannya ketandusan pemain berbakat...(buktinya kita berjaya melahirkan juara remaja dunia..Zulfadhli Zulkifli...)..Sepatutnya perlaksanaan program pembangunan sukan dimulakan sejak usia kanak2x lagi..mengapa dikatakan sedemikian, lihat saja negara china, bagaimana mereka sudah mula melatih kanak2x sejak usia muda utk dilahirkan berjaya dlm bidang sukan...mungki juga kerana china adalah negara komunis yg brpaksikan pada kerahan tenaga, jadi warganegaranya tiada pilihan lain selain menurut perintah...namun jika dilihat pada sudut positif, perlaksanaan sukan pada usia muda oleh kanak2x berjaya membawa nama negara tembok besar itu sebagai kuasa sukan dunia....siapa yg tidak kenal jagoan2x china dlm bidang sukan seperti terjun, gymnastik, angkat berat, renang, olahraga & sebagainya..tidak mustahil suatu hari nanti. sukan2x yg dulunya dipegang oleh malaysia seperti silat & sepak takraw akan dimonopoli penguasaannya oleh china...Ianya juga disokong dengan faktor kepadatan penduduk dimana china yg mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi tidak mempunyai masalah untuk melahirkan jaguh dlm bidang sukan...namun ianya bukanlah permasalahan yg besar, asal ada kemahuan utk melakukan sesuatu perkara, insyaAllah akan mendapat kejayaan yg diidamkan....

Berbalik pada bagaimana utk mengalahkan lin dan setiap kali berhadapan dgn beliau, di sini aku nyatakan 7 perkara yg mungkin boleh diaplikasi...

1) Bermain dgn sabar...(kenapa dikatakan sedemikian, lin dan adalah pemain yg liat utk dikalahkan tpi x mustahil utk ditumbangkn...bermain dgn sabar, elakkan melakukan kesalahan2x yg boleh memberikan mata2x mudah..jika ini terjadi, hasrat utk mengejar beliau akn trbantut...)

2) Elakkan bermain sehingga ke set penentuan...( berdasarkan permainan lin dan, elakkn bermain 3 set dgn beliau kerana lin dan dikenali sbg seorg yg boleh mengambil risiko disaat2x genting..lihat saja bagaimana beliau menumpaskan lcw pada kejohanan dunia yg lalu, walaupun tewas set pertama, beliau tidak mudah mengalah, malah berjaya mengeret perlawanan hingga ke masa penentuan & berani mengambil risiko walaupun tahu lcw memegang servis terakhir 2 kali berturut2x...)

3) Tingkatkan stamina...( lin dan mempunyai tahap stamina yg tinggi..jarang melihat beliau penat @ tidak mampu membalas pukulan lawan...beliau seakan2x mempunyai idea bagaimana utk membals pukulan lawan & semestinya killer smash merupakan senjata utama...walaupun sudah menjangkau umur 28 tahun, tahap stamina lin dan seperti tidak berubah.

4) Elakkan kejohanan superseries terlalu kerap...( lcw memasuki hampir kesemua kejohanan superseries brbanding lin dan...benar, lcw bermain di kejohanan super series utk mendapatkan sparring yg boleh membantu beliau meningkatkan mutu permainan, namun demikian kekerapan bermain di kejohanan tersebut membuatkan corak permainan mudah dibaca oleh pihak lawan..(seperti yg brlaku kpd lcw yg tewas 2 kali berturut2x di tangan chen long pda terbuka jepun & denmark) selain terdedah pada faktor kecederaan.

5) Tumpu pada kejohanan utama..( Berikan fokus yg lebih pada kejohanan utama berbanding kejohanan superseries...(pastikan sasaran adalah pada kejohanan utama terlebih dahulu..misalnya pada tahun tersebut sekurang2x nya satu @ 2 kejohanan utama mesti dimenangi...ini boleh meningkatkan moral pemain selain memberikan motivasi tambahan...

6) Kekuatan mental ( jika berhadapan dgn pemain yg lebih baik dari kita, kuatkan ketahanan mental anda terlebih dahulu...kekuatan mental bukan saja bagaimana cara utk menumpaskan pesaing, tpi lebih kpd bagaimana anda menyerap tekanan di saat2x genting, provokasi dari pihak lawan, penonton & media sendiri....

7) Jangan cepat berpuas hati....( seorang atlit yg bagus tidak sepatutnya cepat berpuas hati dgn kejayaan yg ada malah berazam utk mendapatkan lebih banyak kejayaan...dlm konteks ni, contohi nicol david...walaupun semua kejohanan dunia sudah berjaya digengam, beliau seakan2x spt tidak puas malah ingin mendapatkan seberapa banyak kemenangan...

p/s : betul ke dikatakan ganjaran berlebihan kpd atlet penyumbang kepada kemerosotan prestasi? tidak dinafikan ganjaran & penghargaan yg terlampau kpd atlit yg brjaya dilihat sedikit sebanyak memberikan tanggapan yg negatif...ianya boleh jadi penggerak semangat & juga peruntuh semangat....di negara kita, jika seseorg atlit itu berjaya dlm bidang tertentu, diberikan 1001 keistimewaan seperti ganjaran wang tunai, tanah, pangkat & sebagainya....(lihat saja nasib yg menimpa hafiz hashim bagaimana beliau dilimpahi dgn ganjaran yg berlebihan apabila menang all england & lihat bagaimana permainan beliau selepas itu & ketika ini !!!!..renung2x kan....

Sebab Mengapa LCW selalu kalah pada Lin Dan.....

Hari ni aku nk buat entry pasal pemain badminton kebanggaan kita & negara iaitu Dato' lee chong wei..Entry kt atas bukanlah dengan tujuan untuk merendahkan kredibiliti yg ada pada beliau tapi sebagai peminat tegar sukan negara khususnya badminton, aku nk bagi pendapat & share maklumat dengan korang semua...Aku mula mengikuti perkembangan lcw sejak dulu lagi, boleh dikatakan mula2x beliau bermain di sirkit antarabangsa & super series.. kalu ada perlawanan membabitkan lcw, mmg aku akn mengikuti dengan penuh minat permainan beliau...kita sepatutnya berbangga sebab negara mempunyai pemain yg brsemangat tggi & gaya permainan yg menarik mcm lcw yg brkedudukan no.1 dunia ketika ini. 

Gaya permainan lcw sngat menarik utk diikuti...selari dgn perkembangan usia, corak permainan beliau juga semakin matang...tapi mengapa setiap kali pertemuan membabitkan lcw & lin dan selalu saja brkesudahan yg tidak berapa baik @ lebih tepat sering kali kalah jika berlawan dgn jaguh dari tembok besar China itu...Dalam 26 pertemuan antara keduanya, lin dan memenangi perlawanan sebanyak 18 kali berbanding lcw 8 kali..(benar, rekod pertemuan tidak boleh dijadikan sandaran utk mengukur prestasi semasa antara keduanya...) namun brdasarkan rekod itu juga, kita boleh simpulkan corak permainan semasa & kualiti yg ada pada keduanya...

Ramai org melontarkan pandangan, disebabkan Misbun Sidek yg tidak lagi melatih lcw, maka mutu permainan beliau sedikit merosot & ramai yg mahukan Misbun kembali melatih lcw jika ingin pingat emas pertama negara dlm sukan badminton digenggam pada Olimpik 2012 di London tahun depan. Adakah ketiadaan Misbun merupakan faktor utama mengapa lcw tidak dapat mengalahkan lin dan @ faktor pendokong semata2x...Nak dikatakan mutu permainan beliau merosot tidak juga, buktinya setiap kali beliau bermain tournament super series, setiap kali itu juga beliau akan melangkah ke final..ini menunjukkan konsistennya permainan lcw...kecuali jika beliau berjumpa lin dan di separuh akhir ( spt di Terbuka Hong Kong & China) di mana beliau kalah kedua2x pertemuan berturut2x...

Berdasarkn corak permainan antara keduanya, bagi aku tak de beza...dua2xnya adalah pemain yg sangat2x hebat jauh meninggalkan pemain2x badminton dari negara lain...faktor kekuatan mental sedikit memihak pada lin dan lebih2x lagi jika lin dan beraksi pada tahap terbaik beliau....Ramai peminat sukan tidak menggemari sikap lin dan yg dikatakan trlalu bongkak setiap kali memenangi perlawanan dgn lcw yg lebih merendah diri ...tapi suka @ tidak itu adalah sikap & self confident yg amat tggi mgkin juga ia brtindak sebagai kekuatan mental buat lin dan sendiri..suka @ tidak juga lin dan telah memenangi semua kejohanan utama dunia spt Piala Thomas, Sudirman Cup, Sukan Asia, Kejohanan Dunia, All England & Sukan Olimpik.....

Setiap atlet harus mempunyai kekuatan mental utk benar2x dapat bersaing di peringkat trtinggi...lihat saja bagaimana pemain bola sepak negara di sukan sea menyerap asakan pemain indonesia dgn puluhan ribu penyokong fanatik mereka sehingga berjaya mendapat pingat emas bola sepak & mempertahankan pingat emas yg menjadi milik Malaysia sejak 2 tahun lalu....Hanya keazaman & kekuatan mental saja yg membezakan antara kedua2x pesaing.....Masih ada masa buat lcw utk perbaiki segala kelemahan jika ingin menggapai pingat emas dlm di Olimpik...Mari kita berdoa semoga hari bahagia itu akan tiba..

p/s : Bila menulis entry ini, teringat aku dgn petikan ucapan Dato' Nicol David ketika beliau memenangi kejohahan squasy dunia sebanyak 6 kali...."saya rela gadaikan 6 gelaran dunia yg ada pada saya utk satu pingat emas olimpik...(mari kita doakan semoga squasy mempunyai tempat di Olimpik tahun depan.....)...& jika itu benar2x trjadi....bersiaplah utk mendengar lagu Negaraku dimainkan buat pertama kali di Sukan Olimpik....

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H.....

Satu Muharam detik permulaan, permulaan tahun Islam Hijrah, perpindahan nabi & umat Islam...dari kota Makkah ke kota Madinah...Ingat x korang dengan bait2x nasyid ni.. pertama sekali salam Maal Hijrah yang ke 1433 buat semua....Semoga pada tahun ini, kita dapat melakukan satu penghijrahan yang lebih baik berbanding sebelumnya..Kalau sebelumnya masih ada lagi yang belum diselesaikan, harap dapat dipenuhkan segala tugasan2x anda sebelum kita beralih ke fasa penghijrahan hidup yang lebih baik & dirahmati Allah S.W.T. Kalu tanya apa azam tahun baru pada aku, banyak sebenarnya tapi azam yg lepas pun masih ada lagi yang belum terlaksana...Cuma aku berdoa dipermudahkan segala urusan contohnya dipermudahkan jodoh, diberikan kesihatan yang baik utk aku & family dan semestinya keredhaan & keberkatan di dunia & akhirat..Amin ya rabbal alamin ya Allah....

Sebenarnya bukan pada saat Maal Hijrah aja kita nk perubahan yang baik, kalu boleh tiap2x masa pun kita perbaiki kehidupan & ruang2x gelap yang pernah datang dalam hidup kita....berubah dhn ikhlas, insyaAllah kita akan diberkati oleh-Nya...Ringan2x diri utk perbanyakkan bacaan al-Quran, Yaasin & solat2x sunat...Bak kata kawan aku dlm status fb die ( yg mana sedap utk dibaca & diambil buat panduan...)

if you want talk to Allah ~» perform prayer..... if you want 

Allah talk to you ~» Read Al-Quran..


Digalakkan juga utk baca doa akhir tahun (sebaiknya dibaca sebelum masuk waktu maghrib @ pada waktu asar & juga doa awal tahun ( selepas masuk waktu maghrib)... Salam Maal 
Hijrah & semoga kita beroleh panduan hidup yang diredhai Allah S.W.T







Tuesday 15 November 2011

Hobin Jang Hobin.....

Salam semua....hari ni betul2x teruja, syukur Alhamdulillah sebab nismilan (N9) monang bola...hehe, tpi ada bab yg paling teruja pasal aku gi tgok live kt stadium utk first time nyer...utk pertama kali tgok kt stadium & utk pertama kali merasakan apa erti kemenangan yg sebenar...hahaha...aku pergi dgn member2x opis, hampir semua  dak opis pergi, mmg best sgt2x..kan korang? hehe

Bila masuk dlm stadium shah alam tue, perkara pertama yg aku tanya member aku, apasal aku nampak padang die kecik sgt..hahha, agak poyo disitu kan..ye lah selalunya tgok kt tv, player lari kejar bola nampak mcm padang tu besar benar, mmg lah nampak besar, dh tv zoom kan..aisey peja2x...bingit dlm stadium x yah ckplah kan, dgn org keliling aku tiup benda yg bunyi die mcm hon keretapi tue, bergegar sel telinga aku kejap, nasib baik diorg x pakai benda yg masa world cup 2010 kt south africa ( aku x ingat apa namenyer, tpi bunyi die 10 kali ganda lagi kuat)..kalu pakai tue, maunyer telinga aku ni x berfungsi langsung...:-D

Game semalam mmg best lah, kedua2x team (n9 n tgganu), saling menyerang nak dapatkn gol awal...penyokong dua2x team mmg excited (termasuk aku..haha), belah sana semua warna putih, area aku sumer warna kuning..pas tu boleh lihat gelagat diorg buat aksi gelombang, manyak syiok wooo. Masa ganu leading 1 gol, fans nogori senyap jek....igt nk kalah, tapi tetibe aku tgok dh seri...wah, ada peluang mau menang..x lama tu..gol!!!!...yes, monang gk akhirnya...1 pgalaman yg x dpt dilupakan...pgalaman tgok gelagat org, pgalaman ngan member 1 office....lastly pengalaman menjadi juara..wink..wink..wink..haha









Friday 28 October 2011

Another Amazing Talent...

Hobi aku masa senggang adalah buka youtube & carik video2x yg boleh dikategorikan mempunyai talent yg memang amazing..haha. Selalunya yg aku search mmg berkebolehan, especially dlm bidang2x yg berlainan. Aku suka explore ttg satu2x perkara. Kalu aku tgok satu movie or lagu yg baru first time aku dgr, aku akan seboleh-boleh carik di internet, selagi x jumpa, x puas ati..Mcm ada darah2x produser jek dlm diri aku ni, chewahh ayat x boleh bla kan..kalu ada in person yg aku tgok di tv x kisahlah tokoh sejarah ke, negawaran ke, ahli sindiket dadah ker, mafia terkenal ke, aku nk tau lebih lanjut pasal riwayat hidup dia, jadi mmg wikipedia lah sasaran aku nk tgok detail pasal diorg sume ni. 

Ok, berbalik pada searching talent yg aku jumpa ni, dia adalah seorang free styler pemain gitar yg handal..Sebenarnya dh lama aku follow die, tpi dulu mana aku ada blog lagi jadi x dpt nk huraikan lebih detail pasal die, jadi bila dh ada blog & mmg hobi suke menulis dan merapu, jadi aku citerlah pasal dia. Nama budak ni sungha-jung, baru berumur 16 tahun & lahir di Korea. No wonder lah kan, org Asia mmg berkebolehan, walaupun dulu org Asia x dipandang & didiskriminasikan tapi sekarang, org barat dh mula buka mata n pandang org asia juga mahir dlm bidang2x tertentu. x kisahlah dlm cabang aliran muzik, sejarah, perbankan, politik...asia utk asia, lama x dgr slogan tue, last dgr time sejarah form 5 masa sekolah menengah,,hehe

Sungha - jung ni, video die ditonton lebih sejuta org, die memetik gitar dgn style yg tersendiri mengikut arrangement lagu yg dibuat. Die belajar main gitar dgn ayah die sejak kecik lagi sampailah umur die 16 tahun. Kalu x caya, cuba layan video die kt bawah...sekian..







TAKDIR YG DITENTUKAN...

Salam semua, hari ada perkabaran yg mendukacitakan ttg sahabat aku masa belajar di uum... dia baru saja melalui episod sedih..baru saja kehilangan baby sulung yg genap dikandungnya selama 9 bulan.. Ya Allah, mmg berat dugaan yg Kau berikan buat sahabat ku ini, tpi aku percaya ada hikmah disebalik semua ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...aku hanya mampu memberikan kata2x semangat untuk sahabatku ini atau panggilan erat aku ke dia ..mek da.. 

Tak dapat bayangkan perasaan & ironi mukanya bila berhadapan dgn peristiwa sebesar ini kerana bagi aku dia seorang yg mudah mesra & kuat mengusik aku malah suka buat lawak dalam geng kami....walaupun mgkin ko x kan membaca blog ni, aku harap ko tabah yer mekda, be strong, aku tau ko pasrah & redha dgn takdir yg ditentukan ini, cuma aku harap kalau ko perlukan teman untuk berkongsi curahan rasa, kami sedia ada bersama ko mekda. 

Semoga Allah memberikan takdir & rezeki yg berganda buatmu sahabat..aku senantiasa doakan utk ko.. Allah berikan ujan terlebih dahulu kpd kita agar dpt kita melihat pelangi yg indah....


Sunday 16 October 2011

a madness with......

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...lama betul  x update blog. Last sekali time entry shopping raya pas tu aku abaikan terus blog yg jadi sebahagian dri kehidupan aku nie... Berhabuk habis semua sisi & bucu yg ada kt blog ni...entry dlm kehidupan mmg banyak, cuma x tau nk aturkan mcm mana...oklah x nak bebel panjang2x, layan kan entry ni yer...

Kalu korang tanya kt aku skunk, apa kegilaan yg melanda diri ni, x lain x bukan adalah penangan dri pertandingan realiti nyanyian The Voices kt channel Axn di mana juara edisi 1 ialah Javier Colon, seorg pemuzik yg mempunyai suara balada yg mmg terbaik...that's why lah dia juara kan...tpi aku bukan nk citer pasal die, aku nk citer pasal runner up nyer yg juga mempunyai suara yg sangatlah unik, lembut & lemak berkrim - Dia Frampton. Kalu korang rasa suara Yuna & Zee Avi dh cukup terbaik, apa kata korang dgr dia frampton pulak nyanyi..tpi jgnlah kecam aku x support produk negara yer...apa2x pun Malaysia boleh...hehe. Dia framton kacukan korea (belah mak) & dutch (belah ayah) ni sebenarnya penyanyi yg dh ada band sendiri sejak 2004 lagi... Band yg ditubuhkan dgn akak dia (Meg Frampton) & 3 pemuzik lain yg dinamakan Meg & Dia. Pernah ada deal dgn recording company yg besar mcm Warner Bross tpi hanya sempat produce 1 album jek & kemudian di dropkan dri label trsebut.. sebelum ni band ni ada buat 3 album..mempunyai kelompok peminat sendiri walaupn x ramai mana. 

Bila dia frampton try ujibakat the voice, ada suara2x sumbang yg cakap die x layak masuk audition pasal die dh ada band sendiri plus dgn album lagi, jadi mcm x adil kt org lain..tpi sebenarnya kalu nak tau 4 peserta final the voice termasuk dia ni adalah dari latar belakang pemuzik mcm javier colon yg pernah buat album & show tpi x berpeluang nk pasarkan muzik dia. Kalu pilih american idol & the voice, better lagi the voice pasal american idol boleh dikatakan type karaoke singer boleh menyanyi tpi x boleh produce lagu sendiri, x mcm the voice, peserta dia rata2x adalah dri golongan yg mempunyai bakat muzik yg luar biasa, boleh cipta lagu, melodi & tone suara yg sedap cuma x berpeluang nk menonjolkan diri utk memperkenalkn muzik diorg..mcm dia frampton nilah, aku pun x tau die ni ada band & pernah buat album, yg tau maybe kt us jelah walaupun x ramai mana, yg luar dri us mcm aku ni ni mestilah x kenal tul x ....masa tgok audition dia ni, die amik lagu bubly (colbie cailat)..pergh, mmg sodap..hehe...org putih kate flawless lah, suara dia tue...die ni seorg yg pemalu, walaupun ada pgalaman nyanyi kt depan org tpi dia nampak pemalu bila nyanyi kt rancangan tue...tpi sekali dh bukak mulut, mmg best..so, lepas tgok audition die, aku try search kt youtube, rupa2x nyer die ni mmg suka nyanyi lagu orang..cover version org putih kata...mmg terbaik..boleh bermain alat muzik dgn baik mcm gitar,  piano, tamborine & banyak lagilh ..pengaruh muzik dia ni dtg dri pelopor muzik rock yg klasik mcm Tom Petty & the heartbreakers, REM, Modest Mouse & banyak lagi...aku ni jarang nk minat mat saleh nyanyi, tpi bila dgr dia ni nyanyi, x dinafikan mmg best, tpi dia ni ada darah Asia pasal mak dia org Korea so, kita kene berbangga dgn prodk Asia mcm dia ni...seorang yg suka membaca, penulis novel kanak2x & bila buat lagu kebanyakannya dri interpretasi dri novel yg diolah ke bentuk lagu...mmg best. kalu korang nk tau dgn lebih mendalam pasal dia frampton, korang boleh search di youtube & dengarkan sendiri cover version yg dia buat atau leh friend dia kt facebook - Dia Frampton (Musician)..rajin update status & selalu connected dgn fans atau follow dia kt twitter DiaFramps....layan lagu cover version dri dia..












Sunday 21 August 2011

time for shopping raya....

Salam 1 Malaysia semua :-D...patriotik nyer aku...hehe. sebenarnya tgh tulis entry ni sambil dgr lagu Magic dendangan kumpulan B.o.B ft Rivers Cuomo.  first time dgr, terus tgkap kt telinga pasal sgt catchy. lagu ini first dgt kt hitz tv aritu terus gi search kt youtube. Actually bukan pasal lagu ni yg aku nk tulis, tpi pasal pengalaman gi shopping raya sabtu lepas.. lokasinyer dokek yo, dekat Km Plaza. sape yg duk seremban, familiar lh dgr nama nie, hehe. jgn buat2x x kenal udahlah. hehe. Kalu budak2x skunk suka pergi kl especially kt sogo kt jln tar sana, the mines ke, klcc or lebih grand pavilion sana tuk shopping raya, aku lak lebih suka gi area seremban, dekat dgn rumah kot, x pikir nk bersesak2x dlm jem. lagipun aku pun x dek transport nk ke sana, kalu nk amik komuter pun rasa malas, feeling better kot shopping dekat2x jek..hehe. then, sabtu lepas aku gi brshopping raya dgn mak & adik aku. mula2x survey kain langsir, tetibe lak mak aku nk plan tukar langsir baru sebab die kate dh lama x tukar langsir. nama pun shopping last minutes. lagi seminggu nk raya pegi, mmg lh banyak yg habis...tggal pun yg choice x banyak, tpi apek kedai tu bagi harga murah giler, maybe pikir nk dekat raya, malas nk amik untung sgt kot. tapi pilih demi pilih, x dek yg berkenan kt hati mak aku, hati aku & adik aku..(sebenarnya lebih x brkenan kt hati kitorang...huhu) lama jugak kitorang kt kedai tu. dh pergi depan belakang kedai patah bali, tawaf nk dekat berpuluh kali still x jumpe kain langsir yg diidamkan.  pekerja kedai yg entertain kitorang sampai naik penat, tpi die x marah..ahaks. Die tanya mak aku, makcik bajet berape yer utk langsir, dgn selamba (tanpa ada perasaan brsalah...) mak aku jawab balik, makcik bajet rm300 jek, kalu bawah 300 lagi bagus. geli hati aku dgr, pasal rege langsir kt situ semua 400-500 ke atas. muka akak tu pun tgh tahan gelak...ntah2x dlm ati mesti die ckp, masuk makcik nie, dh 10 kali org mintak mcm tue kot...haha. 

Lepas x dpt jugak kain langsirnya, kitorang pun keluar dri kedai tue nk gi beli baju raya pulak. port kedai raya wajib dekat satu kedai nie, mmg tiap2x tahun kalu x tempah baju raya, mmg kedai ni jadi pilihan. Dari jauh die dh perasan kitorang sambil cakap...makcik...masuk2x makcik, ada kain baru. hehe. geli hati aku dgr. carik2x punya carik, dptlah masing2x dua pasang. cantik2x semua, rambang biji mata aku. alhamdulillah dpt gak baju raya.. beli last minutes, tpi still leh dpt yg cantik dgn harga yg super duper murah...thanks akak kedai, walaupun x tau nama...hehe. masa shopping ute, ujan renyai2x pas tue tukar jadi lebat. x macam tahun2x lepas, gi shopping dlm keadaan panas terik. bile ujan, best jek nk shopping, x panas. Dari km plaza, kitorg ke terminal one pasal mak aku nk beli kasut. destinasi kedai pilihan mak aku..semestinya Bata sejak dri dulu lagi. sebab mak kate kasut bata ni tahan lama. actually mmg pun, aku pakai masa study kt poli 6 tahun lepas, pakai sem pertama smpai sem 6 tahan lagi. tpi biaselah budak2x muda skunk mana nk pakai kasut2x bata ni...( erm, trmasuklah aku kot...hehe). pas dpt kasut, gi masuk parkson, nk carik baju kemeja tuk ayah aku. Aku suka masuk department pakaian lelaki mcm baju2x & kemeja pasal semua cantik2x... tetibe berangan kalu ada somebody nk beli baju mcm ni kt die... hahaha...mmg aku dri dulu kuat berangan. pastu nampak sales handbag..sebelum ni, kalu teman mak & akak aku shopping handbag, mmg x minat...x tau nape, masa study pun mcm tue, kalu dak2x lain nk gi kelas baju nk matching ngan kasut ke beg ke siap satu set dri atas ke bawah, aku lak bukan mcm tue. main sebat jek nk pakai baju ape, baju pun esok nk gi kelas, alamatnya esok jugak aku iron, tudng rotate ari ni, lusa, tulat. jmat duet nk basuh mesin & jimat sabun. pikir2x balik, mmg teruk tahap gaban punya perangai. tpi dlm kelan kelibut aku ni, ada jugak yg penah nk usha...hahah, apa kes tue...buta mata & hati kot :-D. Sama gak ngan aksesori mcm handbag ke atau rantai atau whatever lh yg melambangkan keperempuanan, dulu x main lh ada handbag2x nie...pakai gi kelas beg avon mak aku yg warna die merah menyala tue, kalu nk tukar pun setahun sekali bukan mcm budak2x yg lain tiap2x sem nk tukar.. sebab aku masuk dlm kategori jimat yg sgt...tpi bukan kedekut tau..argh x kesah janji leh masuk buku, leh bawak makanan dlm tue. pernah sekali aku pakai rantai leher, member2x terus gelakkan aku, kate budak rock pakai rantai...tpi x marah pon, mmg sedar diri aku pun geli nk pakai, kan dh kene gelak.. time tu rasa mcm kajol dlm citer kuch2x hota hai..alah part die pakai baju terang giler, x matching langsung. pas tu kene gelak giler2x.....hehe.. Belom lagi masuk part mekap bagai. dulu ape tue mekap pun, sumpah x tau. aku gi kelas pakai bedak jek pas tu calit lipbum sikit...tara dh siap...boleh gi kelas... haha, anak sapa lah nie...tpi kelam kelibut @ asal boleh aku pun, aku belum lagi boleh dimasukkan dlm kategori pengotor yer...biarlah aku pakai x cantik pun, asalkan bersih tu dh cukup... bukan mcm budak2x yg pernah aku dtg bilik diorg, pergi kelas mangalahkan mak datin cantiknya, perfect lh senang ckp tpi kebersihan dlm bilik x diutamakan...bersepah. atas katil lh tempat die study, makan, lipat kain..kadang2x pernah jumpe yg lagi dashat dri tu...


TETAPI...

haha ayat x leh blah...bila aku dh keje, dh start pegang duet sendiri, automatik pulak ada keinginan nk berbelanja mcm perempuan lain. nk beli baju, aksesori, mekap..chewahhh, kelas ayat.. maknanya aku ni normal lah...haha, peja2x .tpi brbelanja ikut kemampuan lah. Tengah2x survey beg, terus nampak satu yg grab pandangan mata aku pasal colour die matching ngan baju raya yg aku beli tadi..hahaha, tpi piki2x balik, aku amik yg colour kelabu pasal leh matching ngan banyak baju. lepas sales harga die bawah rm100, jimat duet...aku pun bukan jenis nk pakai barang brand jek..kalu cantik, murah & berkualiti at the same time terus amik jek x pikir panjang. pas habis shopping raya, then kitorang balik la...singgah kt econsave senawang pasal nk beli barang dapur & beli barang mentah buat berbuka nanti...oklah, jumpe next entry yer..:-D...salam ramadhan..berbelanja bersedehana, jgn boros..p/s, time raya nanti barulah leh upload gambar, nanti x surprise lah...hehe..xoxo



Sunday 7 August 2011

Gonna Miss Harry Potter..

Salam ramadan semua & selamat berbuka puasa...tahniah dgn perjuangan puasa anda. Cukup2x lah dgn entry sedih - tercipta untukku  bikin rosak mood jek kan..:-D. skunk nk entry pasal movie pulak. Disebabkan aku ni kaki wayang tegar...filem yg paling banyak aku tonton kt wayang ialah sekuel Harry Potter. Dan yg last Deathly Holllows pt 2 baru jek habis & u know why? i'm quiet sad pasal x dek lagi filem harry potter akn ditayangkan. mungkin utk 5 hingga 10 tahun akn dtg, aku akan merindui sekolah magic Hogwarts, tgok harry main Quiditch, rindu tgok hermione & ron asyik brgaduh jek & rindu dgn friendship antara harry, hermione & ron. Arghh, rindunyer..nanti dh kawen & beranak, leh citer kt anak2x..( ayat berangan, sila jgn muntah...hehe), mak die ni aka aku adalah peminat tegar harry potter. sebab hobi aku suke bercerita sure diorg mesti terhibur. 







Tercipta Untukku....

Entry title kt ats sgt2x menggerunkan tuan punya blog...haha. aku rasa nak update entry pasal cinta lah..:-D. umur aku ni dh masuk 26 tahun, kalu org dulu2x, anak dh berderet dh, leh buat koir sekolah lagi, tpi aku masih macam ni..tercari2x jodoh, tidak menunggu & tidak jugak tercarik2x..aku mungkin takut nk gunakn istilah jodoh masih x da, just mention mungkin belum sampai jodoh aku. Perkahwinan dlm masyarakat melayu ni masih terlalu tabu utk diperkatakan, mean's that masih malu nk diperbesarkan secara meluas. ada org yg kawin pada waktu umur yg masih muda & ada juga yg kawin masa umur meningkat @ mungkin tidak berkahwin. Ya Allah, jauhkanlh aku dri golongan sebegitu. perkahwinan adlh satu ibadat, tanggungjawab buat kita. Seharusnya kita melaksanakan ibadah tersebut yg merupakan sunnah nabi. pahala kalu melaksanakannya. semua org ada kisah cinta, aku pun x terkecuali..(pengakuan ikhlas...), tpi aku ni bukan individu yg mudah melafazkan kata cintan kt somebody, perlu masa. aku jumpa dia masa zaman belajar. tpi aku x suka die mula2x, jual mahal kan...eh, itu mesti..tpi hati manusia ni serapuh2x hati, lama2x lembut jugak. aku mula berkawan rapat sampai 1 peringkat yg serius, tpi org kate cinta jarak jauh ni banyak dugaan. aku kt utara, die kt selatan. aku masa tu masih keliru, betul ke tindakan aku ni, betul ke dia jodoh aku, mcm mana kalu aku pilih org yg salah & mcm2x agi lh persoalan. aku berkawan apat dgn die, tpi aku x de feeling lebih2x dgn die. kalu ade, adelah, kalu x de, x delah. aku akui bukanlah seorg yg jiwang, aku x pandai bergayut dlm tepon lama-lama, aku x pandai nk cakap ayat2x cinta, aku sensitif di dalam, tpi kt luar aku lah rock...(itu korang leh tanya member aku...). mungkin sebab tu buat die tawar hatiku. tpi die masih menaruh harapan, smpai buat aku terharu & berpikir mungkinkah die jodoh sebenar aku. 

1 perkara yg x pernah aku buat seumur hidup. aku buat solat hajat, ( aku amik pekse SPM pun aku x buat solat hajat tau..hehe) & then  aku doa, Ya Allah, kalu benar die jodoh ku, kau berilah petunjuk & aku redha ya Allah.. bile aku dh dpt kekuatan nk ceritakan perasaan sebenar dkt die, aku takut kalu kene reject...(baru tau perasaan org brcinta selama ni, dulu bukan main sronok aku kutuk member aku yg tgkap cinta ngan org lain, skunk betul2x kene kt batang idung sendiri, apa kes...). mungkin sebab terlalu lama masa yg die berikan kt aku tuk buat keputusan, die jadi tawar hati, die hanya ckp, kalu ada jodoh adalah, kalu x dek, xdeklah. first time dlm hdup, aku rase ape itu erti penolakan, frust ke aku...yup, mgm sedih, kecewa. sampai dlm hati aku ckp, aku dh tolak jodoh aku, mungkin die jodoh awal & akhir aku. dekat member baik aku, ieda lah yg aku curahkan segala perasaan yg terpendam, bahu die aku sandarkan segala masalah. sampai die kate, pija2x, aku x pernah nampak kau sedih smpai mcm ni sekali, yup mmg aku x pernah sedih. dunia aku masa belajar adalah happy jek. aku x suka keluarkan kesedihan aku, aku suka gembirakn org, suka buat org ketawa dgn lawak aku, tpi manusia tu selemah2x makhluk. x boleh tipu diri sendiri apa lagi Allah.

& then, ada satu peristiwa yg buat aku bersemangat & bangkit melalui hari2x mendatang. aku ada terbaca artikel mengenai Berpeganglah Pada Rahmat Allah. salah satunya menyebut pasal jodoh, bahawa setiap yg terjadi ada sebab musababnya. Allah turunkan hujan supaya kita dpt melihat pelangi, Allah beri kita ujian yg menyedikan utk kita tempuhi2x hari2x mendatang dgn keazaman & akhirnya bahagia yg dicari akan ditemui. maka sentiasalah kita berpegang pada rahmat Allah. Mungkin jodoh aku bukan masa bercinta tpi selepas kahwin. Cinta selepas kawin lebih barakah. Moga sahaja aku di dlm golongan itu..amin ya Allah. Korang pun sama tau, jangan berpaling dari rahmat Allah. Sucikan diri & hati, insyallah....:-D

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna
RASULULLAH




Saturday 6 August 2011

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK...

Assalammualaikum, what's up semua...hehe..lama giler aku x update entry, kesibukan bekerja membataskan penulisan aku dlm blog yg x seberapa ni...ceh, ayat x menahan, mcm keje doktor or loyar ( lawyer). First of all, salam ramadan  al-mubarak utk korang semua. Ramadan menjengah lagi, bagi org yg menantikan ramadan, ibarat tidur x lena, mandi x basah & makan x kenyang, mcm org bercinta... semoga kita dalam golongan sebegitu, menantikan ramadan untuk kita menggandakan ibadah. Masuk ke hari ni, dh genap seminggu kita brpuasa, alhamdulillah, semuanya dilalui dgn sempurnalh hendaknya...semoga puasa & segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Kalu ckp pasal bulan puasa, x sah kalu aku mainkan balik memori aku mula2x aku puasa dulu... masa tu umur aku 6-7 tahun kot...(agaknya lah...hehe), puasa yang yok, pagi2x bukak periuk. ( hehe, lama betul x dengar org nyanyi lagu ni dh..), masa tu kecik, puasa pun sebab mak ayah yg suruh...bila dh besar sikit, dh paham erti puasa, baru lah tau yg kita berpuasa semata2x kerana Allah S.W.T. Bukan x pernah aku bukak puasa dgn sengaja, amik air sembahyang, minum sikit kt paip tu, masa tu x pikir air x masak aku minum leh sakit perut wo...hehe, belum lagi aku terkantoi mkn gula, kononnya x sengaja aku termakan gula2x tue, padahal dh habis satu peket gula tu aku telan, time tu lah pulak nk tersedar kan...hahaha.

Puasa time study pulak mmg best, first time kt poli, bukak pose kt koridor asrama, bentang tikar kt luar pintu. aku ingt aku & member aku jek yg gler buat mcm tu, rupernya budak2x lain pun ramai yg buat mcm aku...hehe.. makanan penuh satu tikar, bile dh kenyang, tersandar mcm ulaq sawa. pas tu bile nk gi terawih mulalah malas lah..hehe..( korang jgn amalkan apa yg aku buat ek...x baik utk kesihatan...). 

Puasa mase aku belajar kt uum pun x kurang hebatnya...bile belajar merata tempat ni, & utk kaki jalan mcm aku, mmg sesuai melakukan aktiviti bukak puasa kt luar, selalunya port kitorg mkn seafood, sedap wo, ada ikan bakar, ketam, udang, & makanan laut yg boleh buat badan kita naik berpuluh2x kilogram..group aku lak ramai, ada 10-12 org semuanya, then kita pakat kumpul duet nk bukak puasa kt luar..selalunya lokasi kitorg kt Kuala Perlis. x jauh dri uum. bestnya kenangan puasa dgn member2x terbaik dari ladang aku & bile dh bekerja ni, i'm really missed the situation...sayang korang ketat-ketat lah geng...hehe. walau ape pun kenangan  manis or x berapa x manis, jgnlah kita anggap puasa tu membebankan kita plak. x baik tau...x mati pun kalu kita tahan lapar selama beberapa jam. x pernah masuk paper pulak setakat ni..hehe.. Selamat Berpuasa Semua...amik peluang ni utk menggandakn ibadah kite di bulan mulia ni...xoxo




Wednesday 1 June 2011

Negeri Fm..( the moment of practical)

Assalammualaikum semua...maaflah lama sgt x update blog ni...aku menjalani hari-hari yg sangat menyibukkan. Mulanya mcm x nk continue tulis blog ni, tpi bile ada support dri kawan2x semua, rasa semangat nk kembali seperti dulu...hehe. entry apa yg aku nk tulis pulak kali ni ek. actually, mmg banyak peristiwa yg telah berlaku dlm hidup aku sejak 2 menjak ni, berita gembira, sedih, sendu, senda & macam2x lagi lg feeling yg aku rase skunk ni.

Oklah, aku start ikut turutan ek, hehe, mcm karangan sekolah plak, nk ikut turutan bagai, aku nk story zaman aku buat praktikal @ ayat skemanya latihan industri di Negeri Fm. tarikhnya aku mula start bulan Julai tahun lepas. memandangkan aku dalam jurusan komunikasi (masscomm), aku pun pilih tempat yg ada kaitan dengan subjek aku lh... Mula2x aku ditempatkan kt bahagian pentadbiran, keje aku tuk seminggu pertama adalah buat bodoh hehe, lepas tu aku mulalah didedahkan dengan kerja-kerja berkaitan penerbitan rancangan. Mula2x mmg rasa mencabar, tapi menyeronokkan.

Aku dapat 1001 pengalaman yg berharga masa kerja kt sini. Aku berkawan dengan mereka2x yg dh masak & matang dlm dunia broadcasting..Alhamdulillah, aku pun senang dpt kawan, ( bukan niat nk membangga diri, tpi aku rase itu adalah kelebihan aku kot... :-). Bile masuk dlm dunia penyiaran ni, mcm2x tempat aku dh pergi (setakat ni dlm malaysia jek lah), attend program2x bersama rakyat, belajar mcm mana carik story & hasilkan berita yg berkualiti, berpeluang masuk studio, jumpa artis (hehe) & macam2x lagi lah .semua moment tu aku sempat kecapi alhamdulillah, tpi jodoh aku ngan negeri fm x panjang, pasal aku habis buat practical 4 bulan selepas tu.. oklah, korang layanlah gambar-gambar ni...cekidaut..








Wah, rindu betul tengok gambar kt atas, nanti aku upload gambar yg lain ek, sementara tu layan kenangan(...:-D)





Sunday 20 March 2011

i luv my friend - uum 2006-2010

Mmg aku ni ditakdirkn kalu study jek, mesti tempat2x jin bertendang..dulu, kt pasir gudang, JB, then aku nk sambung utk degree pn, lokasi kejadian pun area2x mcm tu jgak. Tpi x pelah, luas perjalanan, banyak pengalaman. Bila aku habis jek study diploma kt poli, dlm masa 6 bulan, aku dpt tawaran tuk buat degree kt UUM. Aku amik new course which is communication, aku decide x nk sambung IT lagi pasal dah penin pale dgn segala mcm coding2x bahasa IT termasuk lh Java, C++ dan segala mcm ilmu2x yg berkaitan dgnnya. Mmg ralat lh pasal x sambung jek dgn course aku yg dulu, yelah, kalu aku smbung, boleh buat dlm 2 & 2 1/2 tahun jek. Tpi bila dipikir2x balik, aku nk dalami course lain dri bidang yg aku belajar, so aku pilih komunikasi. So, bermulalah hidup baru aku di UUM @ lebih tepat lagi di lembah sintok (which means nama ni lagi fofular di kalangan student2x U brbanding nama uum tu sendiri).

Terlampau banyak peristiwa yg x leh nk lupa smpai nk tulis pun leh behenti kejap, pasal dh nk terburai ketawa aku, memori tu masih fresh lagi dlm kepala aku ni, rentetan peristiwa2x yg berlaku kt aku masa bergelar student uum. Aku mulakn cerita dgn org yg paling dekat dgn aku lh, x lain x bukan my roomate..nama dia Jamilah @ Ja, budak jati kedah. Die ni tua setahun dri aku, tpi aku dgn dia lebih selesa ber aku kau berbanding ber saya awak @ ber akak ber adik...mula2x jmpa, aku tgok die ni banyak jugak cakapnyer, pale ting tong pun sama mcm aku...kalu ckp, loghat utaranya pekat, mula2x aku pun x paham, mcm 'hodoh piang', maksudnya terlampau huduh lh tue, tpi lama2x aku paham apa yg rumate aku nk nk cuba sampaikn. ja ni course masak memasak yg mana ianya sgt2x lh menguntungkn perut aku, pasal die ni pandai gile masak, untung aku sbg rumatenyer. Kalu die ada kelas amali, mmg hari aku lh time tue, pasal die membungkus segala lauk pauk yg dia belajar kt kelas..haha. Aku dgn ja ni jadik rumate smpai hbis sem, kira hbungan kitorg ni rapat, aku selalu jadik pendengar setia dia kalu dia nk cerita pasal something, die ni nampak jek mcm hepi go lucky, tpi aku tau dia ada masa2x sedih dia yg org lain x tau, tpi aku sbg rumate die dpt mghidu..cheewah..hehe. ja ni sgt2x kelakar, kalu korg ckp aku ni lawak, die ni 10x lebih lawak dri aku..tipulh kalu aku ckp, aku x pernah terasa hati @ marah dgn dia, pasal aku ni jiwa sensitif, tpi x de lh nk panjang2x smpai x bertegur sapa...ja, aku teringt moment2x kita jual kueh keliling blok, sampai suara x dek dok menjerit,, kueh, kueh.., ja, aku tringat mcm mana kita lari lintang pukang bila nampak monyet2x dok usha kita semcm bila kita bawak beg plastik kueh & nasi lemak, ja, aku igt lagi mcm mana ko trlupa nk masukkn borang transfer kredit ko sekali tuk kurangkn tahun pengajian, patut lh x diterima...ja aku igt lagi kita dok layan cita tamil kt bilik faz & cik oi smpai diorg x leh buat keje, ja aku igt lagi mlm2x sbelum tdo, kita brborak, sedar x sedar jam dh 3-4 pagi padahal esok ada kelas pagi...:D

ja & aku

Member2x lain pun, kalian x pernah aku lupa, sentiasa aku pahatkn dlm hati setiap kenangan, memori suka duka yg brlaku. Farrah, igt x lagi ko selalu tmpg tdo bilik aku, even aku dok bising2x pun ko leh pekakkn telinga, igt x kita selalu dok merayau ke blok2x yg ada kt kachi semate2x nk brborak & layan gosip, igt x aku, kau, ja, kak sa & cik oi selalu layan karaoke jamban kt changlun kalu boring2x..aku selalu ktuk sore ko x sedap, padahal, sore ko sebenarnye lagi sedap, sajek jek aku x nk puji dpn ko..haha.

Fyza, igt x peristiwa kita dikejar sekumpualn monyet2x masa makan kt bwh blok smpai luka2x bdn & tergolekx kt lantai aras bawah tue, igt lagi x aku selalu pinjam buku nota kau nk buat rujukan pasal assignment aku pasal ko expert bab2x nie, igt lagi x kita selalu layan movie org putih sesame, pasal ko x layan hindustan, mcm aku & ja layan, ko igt lagi x, time kite punya banyak waktu tuk bergosip & jalan2x..

Faz - beb lu igt lagi x lu selalu marah gua dtg bilik lu even time tue lu tgh buat keje (mostly yg gua tgok keje dgn cita2x baru kt laptop lu tue adalah..hehe), tpi gua tau lu rindu kalu gua x dtg kn even 1 hari..haha. beb, lu igt lagi lu marah gua colorkn rambut gua, lu ceramah kt gua smpai 7 hari 7 mlm, haha, beb lu igt lgi x, gua & ja selalu gi melepak bilik lu, join mkn2x termasuklh biskut cecah air kopi ( mmg sedap time tu kitorg duk melantak, hehe), beb, lu igt lagi x lu merajuk dgn gua, even gua tau, tpi lu x smpai ati nk merajuk lelame kn, pasal lu kate gua muke kecian,,haha

cik oi, awk igt lagi awk selalu cover saya, bila saya selalu kene marah dgn faz, awk igt lagi x , peristiwa kita salah masuk bilik, time mula2x mendaftar kt kachi, awk igt lagi x, saya selalu pinjam duet awk, tpi awk x pernah pun tanye kalu saya lambat ganti balik, hehe. awk igt lagi x, kita layan bola time kelantan lawan n9, tpi kita x gaduh pun kan mcm budak2x ni yg terlmpau fanatik, haha, wak, igt lagi x, awk selalu dengar saya membebel & celoteh perkara yg merapu, tpi awk senyum jek....

ekin, budak sarawak, igt lagi x peja suka nyakat ekin bila cakap slang belah sana, igt lagi x , ekin selalu tanye soalan2x yg terlampau rumit & pelik2x smpai peja pun terbabit sekali tanya soalan2x yg x relevan dgn keadaan semasa, ekin igt lagi x...

kak sa, shima, mekda, azie & member2x yg terlampau banyak, maaf kalu x dpt sebut satu persatu, igt lagi x kenangan kita travel ke rmh ja, beli brg harian, masak sendiri, mandi air terjun, makan serawa durian buatan ja, igt lagi x kalian dgn peristiwa2x tue...aku sgt2x merindui moment2x sebegitu...igt lagi x kita diuji dgn peristiwa yg telah memecahbelahkn kita, igt lagi x kalian, tpi kita tetap utuh di bawah titian yg di panggil persahabatn. walaupun kita dh x belajar brsama lagi, semoga kalian berjaya di luar sana, semoga kalian mendapat kebahagian, keredhaan-Nya walau di mana kalian berada di dunia ini...aku sayang kalian semua...

















Friday 18 March 2011

Ada Apa Dengan Oktober !!....

Kenapa entrynyer bulan Oktober saja? bulan2x lain x boleh ker?...hehe, masalahnya, tuan punya blog ni lahir bulan Oktober, mestilah buat tajuk bulan ni..X gitu?... oklah aku nk citer sikit pasal bulan kelahiran especially bulan 10 ni dari perspektif kajian yang telah dibuat oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah..Beliau ni merupakan pakar motivasi & psikologi terkenal.. Aku pun nk buat revision lh sama ada betul ke kajian beliau menurut bulan2x kelahiran ni ada samanya seratus peratus dlm diri aku..so, check it out penerangan kt bwh :-
*       Suka berbual.
*       Suka orang yang sayang padanya.
*       Suka ambil jln tengah.
*       Sangat menawan & sopan santun.
*       Kecantikan luar & dalam.
*       Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
*       Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
*       Sentiasa berkawan.
*       Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
*       Cepat marah.
*       Macam pentingkan diri sendiri.
*       Tidak menolong orang kecuali diminta.
*       Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
*       Tidak suka terima pandangan orang lain.
*       Emosi yang mudah terusik.
*       Suka berangan & pandai bercakap.
*       Emosi yang kelam kabut.
*       Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
*       Suka melancong, bidang sastera & seni.
*       Pengasih, penyayang & lemah lembut.
*       Romantik dalam percintaan.
*       Mudah terusik hati & cemburu.
*       Ambil berat tentang orang lain.
*       Suka kegiatan luar.
*       Seorang yang adil.
*       Boros & mudah stipendiary persekitaran.
*       Mudah patah semangat
Menurut perkiraan aku, apa yg dinyatakan diats mmg 90% adalah betul...mmg itulh yg brlaku kt diri aku kecuali 2 -3 yg agak jauh tersasar lh mcm seorg yg adil...haha, aku mmg x adil, x boleh nk adil...hehe...adil bagi aku adalah benar2x menetapkan hak bagi kedua2x pihak sedangkn aku x mcm tue...Seorg yg sensitif, tpi rajuknyer x lama...paling cepat marah , tpi aku jugak yg paling cepat cool...x caya? tanyer lh member2x aku..hehe atau lebih tepat lagi family aku lh...Tpi ini semua hanya pandangan dri org yg berilmu & punya banyak pengalaman seperti Dr. Fadzillah Kamsah...mgkin juga pernyataan korang berlainan dengan beliau? ada pendapat tersendiri barangkali...walau ape pun ni semua rencah kehidupan....kita sebenarnya yg mencorakkan diri kita sendiri..kalu baik, baik lh, kalu jelik, jeliklh kita...any ideas???