Sunday 27 November 2011

Bagaimana Untuk Mengalahkan Lin Dan....

Kalu entry sebelum ni aku membahaskan bagaimana lcw selalu saja berkesudahan tidak baik jika berhadapan lin dan, entry kali ini masih lagi berkisar ttg perkara yg sama cuma kali ini, aku nk share bahawa ada cara sebenarnya utk kalahkan jaguh China trsebut. Negara kita bukannya ketandusan pemain berbakat...(buktinya kita berjaya melahirkan juara remaja dunia..Zulfadhli Zulkifli...)..Sepatutnya perlaksanaan program pembangunan sukan dimulakan sejak usia kanak2x lagi..mengapa dikatakan sedemikian, lihat saja negara china, bagaimana mereka sudah mula melatih kanak2x sejak usia muda utk dilahirkan berjaya dlm bidang sukan...mungki juga kerana china adalah negara komunis yg brpaksikan pada kerahan tenaga, jadi warganegaranya tiada pilihan lain selain menurut perintah...namun jika dilihat pada sudut positif, perlaksanaan sukan pada usia muda oleh kanak2x berjaya membawa nama negara tembok besar itu sebagai kuasa sukan dunia....siapa yg tidak kenal jagoan2x china dlm bidang sukan seperti terjun, gymnastik, angkat berat, renang, olahraga & sebagainya..tidak mustahil suatu hari nanti. sukan2x yg dulunya dipegang oleh malaysia seperti silat & sepak takraw akan dimonopoli penguasaannya oleh china...Ianya juga disokong dengan faktor kepadatan penduduk dimana china yg mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi tidak mempunyai masalah untuk melahirkan jaguh dlm bidang sukan...namun ianya bukanlah permasalahan yg besar, asal ada kemahuan utk melakukan sesuatu perkara, insyaAllah akan mendapat kejayaan yg diidamkan....

Berbalik pada bagaimana utk mengalahkan lin dan setiap kali berhadapan dgn beliau, di sini aku nyatakan 7 perkara yg mungkin boleh diaplikasi...

1) Bermain dgn sabar...(kenapa dikatakan sedemikian, lin dan adalah pemain yg liat utk dikalahkan tpi x mustahil utk ditumbangkn...bermain dgn sabar, elakkan melakukan kesalahan2x yg boleh memberikan mata2x mudah..jika ini terjadi, hasrat utk mengejar beliau akn trbantut...)

2) Elakkan bermain sehingga ke set penentuan...( berdasarkan permainan lin dan, elakkn bermain 3 set dgn beliau kerana lin dan dikenali sbg seorg yg boleh mengambil risiko disaat2x genting..lihat saja bagaimana beliau menumpaskan lcw pada kejohanan dunia yg lalu, walaupun tewas set pertama, beliau tidak mudah mengalah, malah berjaya mengeret perlawanan hingga ke masa penentuan & berani mengambil risiko walaupun tahu lcw memegang servis terakhir 2 kali berturut2x...)

3) Tingkatkan stamina...( lin dan mempunyai tahap stamina yg tinggi..jarang melihat beliau penat @ tidak mampu membalas pukulan lawan...beliau seakan2x mempunyai idea bagaimana utk membals pukulan lawan & semestinya killer smash merupakan senjata utama...walaupun sudah menjangkau umur 28 tahun, tahap stamina lin dan seperti tidak berubah.

4) Elakkan kejohanan superseries terlalu kerap...( lcw memasuki hampir kesemua kejohanan superseries brbanding lin dan...benar, lcw bermain di kejohanan super series utk mendapatkan sparring yg boleh membantu beliau meningkatkan mutu permainan, namun demikian kekerapan bermain di kejohanan tersebut membuatkan corak permainan mudah dibaca oleh pihak lawan..(seperti yg brlaku kpd lcw yg tewas 2 kali berturut2x di tangan chen long pda terbuka jepun & denmark) selain terdedah pada faktor kecederaan.

5) Tumpu pada kejohanan utama..( Berikan fokus yg lebih pada kejohanan utama berbanding kejohanan superseries...(pastikan sasaran adalah pada kejohanan utama terlebih dahulu..misalnya pada tahun tersebut sekurang2x nya satu @ 2 kejohanan utama mesti dimenangi...ini boleh meningkatkan moral pemain selain memberikan motivasi tambahan...

6) Kekuatan mental ( jika berhadapan dgn pemain yg lebih baik dari kita, kuatkan ketahanan mental anda terlebih dahulu...kekuatan mental bukan saja bagaimana cara utk menumpaskan pesaing, tpi lebih kpd bagaimana anda menyerap tekanan di saat2x genting, provokasi dari pihak lawan, penonton & media sendiri....

7) Jangan cepat berpuas hati....( seorang atlit yg bagus tidak sepatutnya cepat berpuas hati dgn kejayaan yg ada malah berazam utk mendapatkan lebih banyak kejayaan...dlm konteks ni, contohi nicol david...walaupun semua kejohanan dunia sudah berjaya digengam, beliau seakan2x spt tidak puas malah ingin mendapatkan seberapa banyak kemenangan...

p/s : betul ke dikatakan ganjaran berlebihan kpd atlet penyumbang kepada kemerosotan prestasi? tidak dinafikan ganjaran & penghargaan yg terlampau kpd atlit yg brjaya dilihat sedikit sebanyak memberikan tanggapan yg negatif...ianya boleh jadi penggerak semangat & juga peruntuh semangat....di negara kita, jika seseorg atlit itu berjaya dlm bidang tertentu, diberikan 1001 keistimewaan seperti ganjaran wang tunai, tanah, pangkat & sebagainya....(lihat saja nasib yg menimpa hafiz hashim bagaimana beliau dilimpahi dgn ganjaran yg berlebihan apabila menang all england & lihat bagaimana permainan beliau selepas itu & ketika ini !!!!..renung2x kan....

Sebab Mengapa LCW selalu kalah pada Lin Dan.....

Hari ni aku nk buat entry pasal pemain badminton kebanggaan kita & negara iaitu Dato' lee chong wei..Entry kt atas bukanlah dengan tujuan untuk merendahkan kredibiliti yg ada pada beliau tapi sebagai peminat tegar sukan negara khususnya badminton, aku nk bagi pendapat & share maklumat dengan korang semua...Aku mula mengikuti perkembangan lcw sejak dulu lagi, boleh dikatakan mula2x beliau bermain di sirkit antarabangsa & super series.. kalu ada perlawanan membabitkan lcw, mmg aku akn mengikuti dengan penuh minat permainan beliau...kita sepatutnya berbangga sebab negara mempunyai pemain yg brsemangat tggi & gaya permainan yg menarik mcm lcw yg brkedudukan no.1 dunia ketika ini. 

Gaya permainan lcw sngat menarik utk diikuti...selari dgn perkembangan usia, corak permainan beliau juga semakin matang...tapi mengapa setiap kali pertemuan membabitkan lcw & lin dan selalu saja brkesudahan yg tidak berapa baik @ lebih tepat sering kali kalah jika berlawan dgn jaguh dari tembok besar China itu...Dalam 26 pertemuan antara keduanya, lin dan memenangi perlawanan sebanyak 18 kali berbanding lcw 8 kali..(benar, rekod pertemuan tidak boleh dijadikan sandaran utk mengukur prestasi semasa antara keduanya...) namun brdasarkan rekod itu juga, kita boleh simpulkan corak permainan semasa & kualiti yg ada pada keduanya...

Ramai org melontarkan pandangan, disebabkan Misbun Sidek yg tidak lagi melatih lcw, maka mutu permainan beliau sedikit merosot & ramai yg mahukan Misbun kembali melatih lcw jika ingin pingat emas pertama negara dlm sukan badminton digenggam pada Olimpik 2012 di London tahun depan. Adakah ketiadaan Misbun merupakan faktor utama mengapa lcw tidak dapat mengalahkan lin dan @ faktor pendokong semata2x...Nak dikatakan mutu permainan beliau merosot tidak juga, buktinya setiap kali beliau bermain tournament super series, setiap kali itu juga beliau akan melangkah ke final..ini menunjukkan konsistennya permainan lcw...kecuali jika beliau berjumpa lin dan di separuh akhir ( spt di Terbuka Hong Kong & China) di mana beliau kalah kedua2x pertemuan berturut2x...

Berdasarkn corak permainan antara keduanya, bagi aku tak de beza...dua2xnya adalah pemain yg sangat2x hebat jauh meninggalkan pemain2x badminton dari negara lain...faktor kekuatan mental sedikit memihak pada lin dan lebih2x lagi jika lin dan beraksi pada tahap terbaik beliau....Ramai peminat sukan tidak menggemari sikap lin dan yg dikatakan trlalu bongkak setiap kali memenangi perlawanan dgn lcw yg lebih merendah diri ...tapi suka @ tidak itu adalah sikap & self confident yg amat tggi mgkin juga ia brtindak sebagai kekuatan mental buat lin dan sendiri..suka @ tidak juga lin dan telah memenangi semua kejohanan utama dunia spt Piala Thomas, Sudirman Cup, Sukan Asia, Kejohanan Dunia, All England & Sukan Olimpik.....

Setiap atlet harus mempunyai kekuatan mental utk benar2x dapat bersaing di peringkat trtinggi...lihat saja bagaimana pemain bola sepak negara di sukan sea menyerap asakan pemain indonesia dgn puluhan ribu penyokong fanatik mereka sehingga berjaya mendapat pingat emas bola sepak & mempertahankan pingat emas yg menjadi milik Malaysia sejak 2 tahun lalu....Hanya keazaman & kekuatan mental saja yg membezakan antara kedua2x pesaing.....Masih ada masa buat lcw utk perbaiki segala kelemahan jika ingin menggapai pingat emas dlm di Olimpik...Mari kita berdoa semoga hari bahagia itu akan tiba..

p/s : Bila menulis entry ini, teringat aku dgn petikan ucapan Dato' Nicol David ketika beliau memenangi kejohahan squasy dunia sebanyak 6 kali...."saya rela gadaikan 6 gelaran dunia yg ada pada saya utk satu pingat emas olimpik...(mari kita doakan semoga squasy mempunyai tempat di Olimpik tahun depan.....)...& jika itu benar2x trjadi....bersiaplah utk mendengar lagu Negaraku dimainkan buat pertama kali di Sukan Olimpik....

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H.....

Satu Muharam detik permulaan, permulaan tahun Islam Hijrah, perpindahan nabi & umat Islam...dari kota Makkah ke kota Madinah...Ingat x korang dengan bait2x nasyid ni.. pertama sekali salam Maal Hijrah yang ke 1433 buat semua....Semoga pada tahun ini, kita dapat melakukan satu penghijrahan yang lebih baik berbanding sebelumnya..Kalau sebelumnya masih ada lagi yang belum diselesaikan, harap dapat dipenuhkan segala tugasan2x anda sebelum kita beralih ke fasa penghijrahan hidup yang lebih baik & dirahmati Allah S.W.T. Kalu tanya apa azam tahun baru pada aku, banyak sebenarnya tapi azam yg lepas pun masih ada lagi yang belum terlaksana...Cuma aku berdoa dipermudahkan segala urusan contohnya dipermudahkan jodoh, diberikan kesihatan yang baik utk aku & family dan semestinya keredhaan & keberkatan di dunia & akhirat..Amin ya rabbal alamin ya Allah....

Sebenarnya bukan pada saat Maal Hijrah aja kita nk perubahan yang baik, kalu boleh tiap2x masa pun kita perbaiki kehidupan & ruang2x gelap yang pernah datang dalam hidup kita....berubah dhn ikhlas, insyaAllah kita akan diberkati oleh-Nya...Ringan2x diri utk perbanyakkan bacaan al-Quran, Yaasin & solat2x sunat...Bak kata kawan aku dlm status fb die ( yg mana sedap utk dibaca & diambil buat panduan...)

if you want talk to Allah ~» perform prayer..... if you want 

Allah talk to you ~» Read Al-Quran..


Digalakkan juga utk baca doa akhir tahun (sebaiknya dibaca sebelum masuk waktu maghrib @ pada waktu asar & juga doa awal tahun ( selepas masuk waktu maghrib)... Salam Maal 
Hijrah & semoga kita beroleh panduan hidup yang diredhai Allah S.W.T







Tuesday 15 November 2011

Hobin Jang Hobin.....

Salam semua....hari ni betul2x teruja, syukur Alhamdulillah sebab nismilan (N9) monang bola...hehe, tpi ada bab yg paling teruja pasal aku gi tgok live kt stadium utk first time nyer...utk pertama kali tgok kt stadium & utk pertama kali merasakan apa erti kemenangan yg sebenar...hahaha...aku pergi dgn member2x opis, hampir semua  dak opis pergi, mmg best sgt2x..kan korang? hehe

Bila masuk dlm stadium shah alam tue, perkara pertama yg aku tanya member aku, apasal aku nampak padang die kecik sgt..hahha, agak poyo disitu kan..ye lah selalunya tgok kt tv, player lari kejar bola nampak mcm padang tu besar benar, mmg lah nampak besar, dh tv zoom kan..aisey peja2x...bingit dlm stadium x yah ckplah kan, dgn org keliling aku tiup benda yg bunyi die mcm hon keretapi tue, bergegar sel telinga aku kejap, nasib baik diorg x pakai benda yg masa world cup 2010 kt south africa ( aku x ingat apa namenyer, tpi bunyi die 10 kali ganda lagi kuat)..kalu pakai tue, maunyer telinga aku ni x berfungsi langsung...:-D

Game semalam mmg best lah, kedua2x team (n9 n tgganu), saling menyerang nak dapatkn gol awal...penyokong dua2x team mmg excited (termasuk aku..haha), belah sana semua warna putih, area aku sumer warna kuning..pas tu boleh lihat gelagat diorg buat aksi gelombang, manyak syiok wooo. Masa ganu leading 1 gol, fans nogori senyap jek....igt nk kalah, tapi tetibe aku tgok dh seri...wah, ada peluang mau menang..x lama tu..gol!!!!...yes, monang gk akhirnya...1 pgalaman yg x dpt dilupakan...pgalaman tgok gelagat org, pgalaman ngan member 1 office....lastly pengalaman menjadi juara..wink..wink..wink..haha