Sunday 27 November 2011

Bagaimana Untuk Mengalahkan Lin Dan....

Kalu entry sebelum ni aku membahaskan bagaimana lcw selalu saja berkesudahan tidak baik jika berhadapan lin dan, entry kali ini masih lagi berkisar ttg perkara yg sama cuma kali ini, aku nk share bahawa ada cara sebenarnya utk kalahkan jaguh China trsebut. Negara kita bukannya ketandusan pemain berbakat...(buktinya kita berjaya melahirkan juara remaja dunia..Zulfadhli Zulkifli...)..Sepatutnya perlaksanaan program pembangunan sukan dimulakan sejak usia kanak2x lagi..mengapa dikatakan sedemikian, lihat saja negara china, bagaimana mereka sudah mula melatih kanak2x sejak usia muda utk dilahirkan berjaya dlm bidang sukan...mungki juga kerana china adalah negara komunis yg brpaksikan pada kerahan tenaga, jadi warganegaranya tiada pilihan lain selain menurut perintah...namun jika dilihat pada sudut positif, perlaksanaan sukan pada usia muda oleh kanak2x berjaya membawa nama negara tembok besar itu sebagai kuasa sukan dunia....siapa yg tidak kenal jagoan2x china dlm bidang sukan seperti terjun, gymnastik, angkat berat, renang, olahraga & sebagainya..tidak mustahil suatu hari nanti. sukan2x yg dulunya dipegang oleh malaysia seperti silat & sepak takraw akan dimonopoli penguasaannya oleh china...Ianya juga disokong dengan faktor kepadatan penduduk dimana china yg mempunyai kepadatan penduduk yg tinggi tidak mempunyai masalah untuk melahirkan jaguh dlm bidang sukan...namun ianya bukanlah permasalahan yg besar, asal ada kemahuan utk melakukan sesuatu perkara, insyaAllah akan mendapat kejayaan yg diidamkan....

Berbalik pada bagaimana utk mengalahkan lin dan setiap kali berhadapan dgn beliau, di sini aku nyatakan 7 perkara yg mungkin boleh diaplikasi...

1) Bermain dgn sabar...(kenapa dikatakan sedemikian, lin dan adalah pemain yg liat utk dikalahkan tpi x mustahil utk ditumbangkn...bermain dgn sabar, elakkan melakukan kesalahan2x yg boleh memberikan mata2x mudah..jika ini terjadi, hasrat utk mengejar beliau akn trbantut...)

2) Elakkan bermain sehingga ke set penentuan...( berdasarkan permainan lin dan, elakkn bermain 3 set dgn beliau kerana lin dan dikenali sbg seorg yg boleh mengambil risiko disaat2x genting..lihat saja bagaimana beliau menumpaskan lcw pada kejohanan dunia yg lalu, walaupun tewas set pertama, beliau tidak mudah mengalah, malah berjaya mengeret perlawanan hingga ke masa penentuan & berani mengambil risiko walaupun tahu lcw memegang servis terakhir 2 kali berturut2x...)

3) Tingkatkan stamina...( lin dan mempunyai tahap stamina yg tinggi..jarang melihat beliau penat @ tidak mampu membalas pukulan lawan...beliau seakan2x mempunyai idea bagaimana utk membals pukulan lawan & semestinya killer smash merupakan senjata utama...walaupun sudah menjangkau umur 28 tahun, tahap stamina lin dan seperti tidak berubah.

4) Elakkan kejohanan superseries terlalu kerap...( lcw memasuki hampir kesemua kejohanan superseries brbanding lin dan...benar, lcw bermain di kejohanan super series utk mendapatkan sparring yg boleh membantu beliau meningkatkan mutu permainan, namun demikian kekerapan bermain di kejohanan tersebut membuatkan corak permainan mudah dibaca oleh pihak lawan..(seperti yg brlaku kpd lcw yg tewas 2 kali berturut2x di tangan chen long pda terbuka jepun & denmark) selain terdedah pada faktor kecederaan.

5) Tumpu pada kejohanan utama..( Berikan fokus yg lebih pada kejohanan utama berbanding kejohanan superseries...(pastikan sasaran adalah pada kejohanan utama terlebih dahulu..misalnya pada tahun tersebut sekurang2x nya satu @ 2 kejohanan utama mesti dimenangi...ini boleh meningkatkan moral pemain selain memberikan motivasi tambahan...

6) Kekuatan mental ( jika berhadapan dgn pemain yg lebih baik dari kita, kuatkan ketahanan mental anda terlebih dahulu...kekuatan mental bukan saja bagaimana cara utk menumpaskan pesaing, tpi lebih kpd bagaimana anda menyerap tekanan di saat2x genting, provokasi dari pihak lawan, penonton & media sendiri....

7) Jangan cepat berpuas hati....( seorang atlit yg bagus tidak sepatutnya cepat berpuas hati dgn kejayaan yg ada malah berazam utk mendapatkan lebih banyak kejayaan...dlm konteks ni, contohi nicol david...walaupun semua kejohanan dunia sudah berjaya digengam, beliau seakan2x spt tidak puas malah ingin mendapatkan seberapa banyak kemenangan...

p/s : betul ke dikatakan ganjaran berlebihan kpd atlet penyumbang kepada kemerosotan prestasi? tidak dinafikan ganjaran & penghargaan yg terlampau kpd atlit yg brjaya dilihat sedikit sebanyak memberikan tanggapan yg negatif...ianya boleh jadi penggerak semangat & juga peruntuh semangat....di negara kita, jika seseorg atlit itu berjaya dlm bidang tertentu, diberikan 1001 keistimewaan seperti ganjaran wang tunai, tanah, pangkat & sebagainya....(lihat saja nasib yg menimpa hafiz hashim bagaimana beliau dilimpahi dgn ganjaran yg berlebihan apabila menang all england & lihat bagaimana permainan beliau selepas itu & ketika ini !!!!..renung2x kan....

No comments:

Post a Comment