Thursday 27 December 2012

Stress D Tempat Kerja !!!

Assalamualaikum semua. Baru berkesempatan untuk kembali mencoret dalam blog aku yg x rupa blog ni. Kesibukan berkerja membataskan pergerakan jari jemari nak update ini blog...hahaha status tak boleh blah mcm lah siang keje mlm jaga rumah tangga walhal sibuk ke benda lain..

Apa yg aku melalut ni.Orait2x..gini cternyer...Masa baca paper ari ahad tu terjumpa satu artikel ttg stress di tempat kerja. Tajuk sebenornya ialah "Reputasi Adalah Aset Bekerja" oleh Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, seorang pakar motivasi. Saja nak sharing ngan semua pasal cara menangani stress & bagaimana nak jadi pekerja yang cemerlang. 

Kredit source to Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad & Mingguan Malaysia.

Setiap dari kita mesti tak terlepas ngan stress kt office kan. Kerja yg tak pernah habis, lepas satu n satu. Belum masuk lagi kerenah office mate kite yg kadang kala annoying gila sampai jadi tension di buatnya. Itu belum campur permintaan kerja yg pelik2x dari boss lagi. Kalu di campurkan semua sekali mmg boleh jadi gila. Aku pn x terkecuali dgn semua masalah permasalahan di atas.. nak ditelan tercekik nak diluah nampak pengotor plak. Kdg2x masalah tu dtg dri jawatan yg disandang, gaji yg diterima, arahan yg diberi & mcm2x lagi lah.. So, mcm mana nk buat masalah tu nampak mudah & x nak stress kt tempat kerja, tips kt bawah mgkin boleh membantu aku n korang2x semua. 

  • Perjalanan Kerjaya (Career Path) 
          Kita ni bekerja utk apa sebenar ni? Adakah utk dapat gaji semata2x atau kepuasan dlm bkerja itu sendiri. Mula-mula aku start keje mmg target aku utk dpt gaji lpas sebulan membanting tenaga n masa, tpi bila dh masuk bulan2x berikutnya, aku jadi bosan sebab even dpt gaji pun aku x puas ngan hasil kerja aku sendiri.. Kejadahnya aku belajar tinggi2x tpi skop keje aku masih kt takuk lama, mgkin korang suka dgn cara tu tpi aku x leh nk trima. So, korang kena pandai rancang career path korang. Kalu korang seorg yg sukakan cabaran, belajar memantapkan ilmu kerja ke peringkat yg boleh dibanggakan. Dibanggakan oleh sapa? Mestilah diri sendiri & juga boss besau. Barulah Anugerah Pekerja Cemerlang boleh kaut..tpi jgn riak plak..:-)

  • Reputasi Kerja Adalah Aset Diri 
Bila kita dh pandai merancang perjalanan career, semua nya jadi mudah. Baru tau hala tuju dalam pkerjaan. Semua ni untung buat kita di masa depan. Ilmu yg ada ditambah & dicantikkan baru ada tujuan dlm bkerja bkan pikir nk gaji semata2x. Yang untung sapa, habaq mai, mestilah kita tuan tanah. Organisasi pun dpt tempias sekali.

  • Tingkatkan Kemahiran Diri
Kalu rasa2x kerja yg kita buat tu masih x dek improvement, berubahlah memantapkan kemahiran bkerja. Baru lah best dtg opis, muka ceria. 4 perkara penting utk jadi mahir ialah ilmu, latihan, pengalaman & sikap. Kalu x tau bertanya, x jatuh pun maruah kalu kita tanya satu2x perkara yg x paham & x tau nk buat. Biasalah kalu kene marah, x dek lah yg sempurna dlm bkerja, syarikat2x multi internasional yg canggih pun ada masalah ini kn plak kita. Then, pengalaman bkerja yg ada sebaiknya ditingkatkan ke thp trtinggi bkan masih dtakuk lama. Bayangkan kerja dh berapa puluh tahun tpi jawatan kita dlm syarikat masih sama n masih dtakuk lama, adakah kita boleh brbangga dgn tempoh pgalaman kita tu tpi sumbangan utk syarikat nan hado. So, keempat2x ni perlu seiring barulah kerja jadi seronok. Dtg opis muka ada senyum..

  • Jaga Hubungan Dengan Orang Lain
Selalu stress kt office pasal konflik ngan rakan sekerja. Ada yg kerjanya suka lah memfitnah, mengaib n mengumpat pasal rakan kerja yg lain. Itu normal, kt mana2x organisasi pun ada waima office cikai sekalipun. Sebab apa? sebab itu penyakit yg selalu ada pada manusia. So, kalu pernah brhadapan ngan rakan sekerja yg mcm ni. jgn lh korang sama bertekak n melayan sama jgak. Selagi ianya tak menjejaskan peribadi korang baik abaikan ajek cabaran2x mcm ni. Mmg ada yg buat mcm ni brtujuan nk suruh korang hilang fokus dlm bkerja n prestasi kerja merosot. Kalu korang layan juga mmg 2 x 5 lah korang ngan manusia2x mcm ni. Baik pikir pasal benda lain yg menyeronokkan contohnya berangan nk buat majlis kawen ala2x puteri ker x pun berangan nanti korang akn duduk kerusi CEO ke..bhahaha. Langkah terbaik, senyum sahaja, jgn balas, lama2x nanti dia bosan & akan akan berlalu pergi mcm angin.

  • Syukur Ada Tempat Mencari Rezeki
Kita selalu merungut pasal itu ini, pasal gaji yg x cukup, bonus yg sikit @ lebih teruk yg x dek langsung &  pasal  arahan kerja yg mengarut tahap super punyer oleh bos. Bersyukurlah yg kita masih punya kerja. Bandingkan dgn mereka yg kt luar sana yg manganggur berbulan bulan, bertahun2x..Sayangilah kerja korang seadanya..jgn sayang melebih2x plak, smpai hari2x buat overtime tpi peruntukan utk ot x dek plak, itu gila namanya. Sayanglah company korang mcm itu company mak bapak korang yg punyer, sama2x membantu membangunkan syarikat, barulah syarikat maju n untung brlipat kali ganda & masalah2x gaji x kan memningkan kepale korang lagi. Jgn ditanya apakah sumbangan syarikat pada anda? tpi tanyalah apa sumbangan anda pada syarikat...:-p

  • Keberkatan Dalam Bekerja
Kalu kita bkerja asyik jek merungut, agak2x rezeki yg dpt tu berkat x? tepuk dada tanya iman.. Senang jek nak dpt keberkatan dlm bkerja, bkerja dgn sungguh2x, jgn asyik merungut. Ni tak kalu bab komen, bagi kt korang, satu buku pun x cukup. Then jaga hubungan dengan rakan sekerja, org sekeliling n paling penting jaga hubungan kita dengan Allah. Ni x, keje kalu boleh 24 jam nak keje, gila keje namanyer. tpi hubungan kita dgn Allah kita x jaga. Sebab tu selalu jek masalah spt jiwa resah, anak2x bermasalah & mcm2x lagilah. So, carilah keberkatan dlm bekerja...

  • Berhenti Kalu Dah Tak Seronok
Kalu dh mmg x seronok dlm bkerja knape kita perlu teruskan, berhenti sajalah. Knape nak berat2x kan minda masih menunggu & merungut 24 jam. Pelik x, kalu dh tak mau mencari kseronokan dlm bkerja, knape masih di situ. Itu maksudnya kita x brlaku adil pada diri kita & pihak majikan. Bertahun2x bkerja tapi tidak memberikan yg trbaik, yg tau hanya merungut, carik salah, berpuak2x malah ada yg lebih teruk talam 2 muka sampai memporak perandakan org lain. Kalu rasa boss korang sekarang tak mampu nk memenuhi keperluan korang, apa lagi angkat kaki lah. Beri peluang kt org luar sana yg berebut2x nk posisi kerja anda. Tpi pastikan keluar secara berhemah bukan korang cabut mcm tu jek..Make it a officially just like the way u start working.

p/s : Artikel ni ada ayat yg aku ubah sikit utk bagi nampak menarik di baca tpi pemahaman & isi kandungan tidak lari dari artikel yg asal.. 






          



Sunday 27 May 2012

TAHUKAH ANDA.......

Siapa pernah lihat iklan budak perempuan yg cukup suka bagi info2x berguna dekat ayah dia dengan ayat famaous tahukah anda!!!!...hehehe..Siapa yg suka baca pengetahuan am angkat tangan..oklah, nk kongsi dengan korang seberapa banyak fakta tentang hal-hal yg berlaku disekeliling kita yg boleh dijadikan panduan berguna...check it out

TAHUKAH ANDA....

1) Stadium Shah Alam adalah gelanggang utama skuad bola sepak Malaysia sebelum Stadium Nasional Bukit Jalil...

2) Perkataan Walkman mula-mula diguna pakai oleh pengerusi Sony yg ketika itu ingin mendengar lagu di dalam kapal terbang...

3) Rangkaian saluran berita CNN International adalah saluran berita kedua terbesar selepas BBC World..

4) Wasabi yg terkenal dgn kepedasannya & enak dicecah ktika menikmati sushi berasal dari tanaman asli Jepun dari keluarga kubis...

5) Satu2xnya atlet Malaysia yg pernah beraksi di Sukan Olimpik 4 tahun berturut2x adalah Leong Mun Yee dri sukan terjun bermula dri Athens 2004 sehinggalh London 2012...

6) Lapangan Terbang Heathrow di London merupakan lapangan terbang yang paling sibuk sekali di dunia...

7) Burung boleh keluar mencari makanan sehinga jarak beribu2x kilometer & kembali ke sarang dengan selamat & tidak sesat...

8) Diameter lubang golf adalah berukuran 10.79 cm sejak sukan golf mula2x diperkenalkan sehinggalah sekarang...

9) Komputer pertama yg dicipta besarnya menyamai sebuah gudang....

10) Deria rasa kupu-kupu terletak betul2x dikakinya....

11) Lokasi terpanas di bumi terletak di Libya yg dikenali dgn nama Di El Azizia dengan suhu mencecah hingga 57.8 celcius...

12) Tempat paling sejuk di bumi terletak di Vostok, Antartika dgn suhu boleh menjunam hingga -89 celcius...

13) Bahagian putih dikuku dikenali sebagai Lunula

14) Bilangan apa pun yg dikalikan dengan 9 maka hasilnya akan menjadi 9 juga... Etc 9x9=81, 81 (8+1=9)...

15) Zirafah boleh bertahan hidup tanpa air lebih lama berbanding unta

16) Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' & menganggukkan kepala pula bermaksud 'tidak'...


17) Lelaki lebih mudah mendapat masalah buta warna 10 kali ganda berbanding wanita....


18) Semua benua yg terdapat di dunia bermula & berakhir dengan abjad 'A'...


19) Badak air berlari lebih pantas berbanding manusia...


20) Buaya tidak dapat menjelir & menggerakkan lidah kerana organ itu  melekat pada lelangit...


21) Produk pertama yang menggunakan bar code ialah 'Chewing Gum Wringleys'...


22) Sungai yg terbesar di dunia adalah Sungai Amazon terletak di Amerika Selatan....


23) Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris ialah huruf  'E' manakala huruf  'Q' adalah huruf yg paling kurang digunakan....


24) Laut Merah mendapat namanya dari warna alga merah yg banyak ditemui di permukaannya....


25) Lembu adalah haiwan yg buta warna, oleh itu ia akan mengejar apa saja warna yg berkibar dihadapannya...


26) Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) ialah 20,000 tan....


27) New Zealand adalah negara pertama di dunia yg membenarkan wanita untuk mengundi...


28) Gurun Sahara di Utara Afrika mendapat namanya dari perkataan 'Sahra' yang bermaksud liar @ terbiar....


30) Secara purata, manusia minum sebanyak 8000 gelen air sepanjang hidupnya...


31) Setiap hari darah di dalam badan manusia bergerak sejauh 180,000 km...


32) Rata-rata wanita tidur 1 jam lebih lama berbanding lelaki...


33) Debu2x yang berterbangan di rumah anda adalah dari sel mati kulit manusia...






p/s : Ada banyak lagi fakta2x yang boleh membuatkan anda terkejut dan banyak lagi fakta & pengetahuan am yg patut anda tahu.... :-)







Friday 6 April 2012

SAKIT ITU PENAWAR

Lama nyer tak menconteng dlm blog ni....rindu nak menulis membuak2x walaupun tau bukan ada yang amik port pun kalu aku x menulis..haha...biaq pi lah depa nk kata apa...aku ni bukan org yg suka meluahkan perasaan berdepan2x, malu haha..mana nk letak muke rock tpi dalam hati ada taman ni. So, curahkan lh semuanya melalui penulisan...Pejam celik pejam celik dh masuk 4 bulan kta memasuki tahun baru 2012..sana -sini member2x sebaya dh selamat mendirikan masjid, bertunang & sebagainya..Aku???, masih lagi mcm ni...mak aku kata tahun ni jugak kene kawin..ayat berbaur ancaman buat aku..hahaha...sapa x nak kawen..semua org nk kawen....normal kan..tpi urusan jodoh bukankah ketentuan Allah S.W.T...kte hanya merancang Dia yg berkuasa menentukan..Insyaallah harinya akan sampai...(feel berangan jap..hehehe). Sebenarnyer bkan nk citer pasal kawen walaupun pertanyaan mcm tu dh acap kali dengar kt telinga aku ni...office mate pun asyik tanya walaupun diakui bernanah gak lah tahan telinga...hehe..tpi diorg tanya pasal diorg consent ngan kita..ye x ...thanks korang..

Sebenarnyer bukan hal tu yg jadi mukadimah tuk entry pertama aku di tahun 2012 ni..tpi tajuk entry di atas...SAKIT ITU PENAWAR.. setiap manusia yg ditimpa penyakit adalah masa di mana Allah S.W.T mengampunkan dosa2x mereka & memberi kesembuhan kepada kita...sayangnya Allah kt kita kan...Aku adalah pesakit Thyroid.. terkejut dengar... sakit apa tu? sebelum tu baik aku definisikan penyakit tiroid yg sebenar..ilmu tu kalu dikongsi berkat kan malah bertambah lagi..ok aku share kt korang dlm maksud yg ringkas & mudah di fahami...Tiroid ni adaah satu kelenjar yg berada dalam badan manusia yg kedudukannya adalah di tengah2x leher manusia yg bertujuan menjaga fungsi badan manusia & menjaga kadar metabolisme manusia..

Kalau hormon tiroid manusia melebihi paras normal dipanggil penyakit hyperthyroid & kalu hormon nya kurang berbanding paras normal dikenali sbg hypothyroid....aku adalah pesakit hyperthyroidism iaitu pengeluaran berlebihan hormon tiroid dlm badan...Kalu nak lebih detail korang boleh rujuk internet pasal penyakit ni...Aku nak sharelh pengalaman aku mula2x disahkan dpt penyakit ni..supaya korang2x yg ada penyakit mcm aku ni x dimomokkan dengan info-info yg x benar & sebagai maklumat tambahan kepada korang2x..

Aku mula2x dpt penyakit ni hujung tahun 2010..masa tu aku baru habis study kt uum & tengah menjalani praktikal kt seremban..masa aku balik kt rumah, mak aku org yg mula2x perasan perubahan kt leher aku..dia kata mcm bengkak kt leher aku & lebih ketara kalu aku tengah telan makanan @ minum...tpi masa tu buat derk jek pasal x rasa sakit...ingat bengkak biasa mcm benguk tu..lepas tu aku buat praktikal mcm biasa hinggalh 1 hari tu aku kt office tgh buat keje..aku rasa badan aku panas semacam padahal aku duduk dlm bilik aircond suhu 16 lagi..aku raser mcm nk demam panas..bila rasa mcm x boleh nk tahan, aku terus call mak aku tuk amik aku pegi klinik...so mak aku dtg & decide nk pegi hospital besar terus..bila masuk bilik dr, aku dh gelisah semacam..dgn org ramai aku rasa x tentu arah...doc yg nk cheq aku terus ckp saya rasa awak ada tiroid ni...masa tu blur lah x tau tiroid tu ape..sejenis kueh ker..haha ( buat lawak lah, jgn stress sgt baca tue,,,,) jeng2xx..bila buat pemeriksaan fizikal dgn keadaan tgn aku yg terketar2x, bola mata yg besar dri normal, emosi yg tak terkawal means selalu nk baran jek..( itu semua adalh tanda2x org yg ada penyakit ni, maksudnya hormon tiroid yg merangsang fungsi badan kita tak berada pada kedudukan yg normal..sebab tu emosi mudah terusik, cakap sikit nk melenting merupakan tanda2x penyakit ni..

So, apa lagi kene tahan lah dlm wad...wahaha, dh besar2x masuk wad, rasa mcm nk balik jek...huhu, tpi x boleh kene duk lah selagi x sihat...so, doc yg rawat aku ceritakan dri a sampai z maklumat pasal penyakit tiroid ni..barulah aku faham..ada org yg dpt penyakit ni dri pemakanan iaitu hasil laut yang mengeluarkan iodin yg masuk dlm badan kita & menjadi berlebihan & ada yg dpt melalui keturunan...Bila aku kata family saya x dek penyakit ni saya jek sorang yg dpt, doc kata mungkin dri pemakanan...( itu aku akui lah pasal aku ni mmg hantu seafood..ye lah dulu kn belajar kt kedah nun, pantang kalu keluar makan x singgah kedai seafood..maybe kot aku dpt penyakit tu dri faktor pemakanan....apa nk buat nasib...huhu..

Doc kata lagi sebenarnya ramai jek dri kita ada penyakit ni cuma sedar & x sedar jek...ada org dh lama ada penyakit ni tpi dpt tau bila dh tua..kalu dh tua, fungsi badan kita dh menurun & antibodi x sekuat di usia muda sebab tu penyakit lambat nk sembuh & mungkin mendatangkan bahaya yg lain...mula2x dpt penyakit ni, rasa down sgt tpi doc & family amat2x membantu..doc kata awak bertuah dpt detect penyakit ni lebih awal & ada peluang utk disembuhkan...tpi sebenarnye ada hikmah yg tersembunyi,,,aku rasa x dek sapa yg boleh membantu kita melainkan Dia...Allah S.W.T...Allah turunkan penyakit & Dia juga yg berkuasa menyembuhkan..sebab itu sakit adalah penawar..lumrah manusia kalu sakit & ditimpa kesusahan baru ingat akan Di Atas..sama jugak mcm aku...dh sakit baru ingat Dia..tpi Dia selalu ada dengan kita...manusia saja yang tak sedar...Terima kasih Ya Rabb...

Skunk ni aku makan ubat tuk mengurangkan paras tiroid dlm badan tuk kembali ke paras normal...ada 3 kaedah rawatan utk penyakit ni sama ada kita bergantung pada ubat utk menurunkan paras tiroid..rawatan kedua minum air iodin di mana ianya membuang @ mengurangkan terus kandungan tiroid dlm badan kita & rawatan last sekali pembedahan ( rawatan tuk pesakit tiroid yg dh teruk)...Doc suggest kan aku tuk buat rawatan kedua iaitu minum iodin...sebab aku pernah kata kalu boleh aku x nak bergantung pada ubat sebab pengambilan ubat ni berterusan...x boleh x amik, so doc suggestkan rawatan kedua tu tuk aku...why not kita mencubakan..dalam Islam sendiri, umatnya digalakkan berusaha keluar dri kepompong kesusahan...selebihnya serah  kepad-Nya..yg penting kita dh mencuba..so 9hb ni adalah tarikh keramat..hehe, aku kene hadir tuk temujanji rawatan di Hospital Kuala Lumpur...huhu, cuak jugak mcm mana lah nanti..korang doakan yg terbaik tuk aku yer. Nasib baik ada mak n ayah sebagai peneman..moga2x selamat semuanya..Amin...Satu jek nk ckp ngan korang, jgn jadikan penyakit satu alasan tuk kita merasa tak diperlukan...hidup ini perlu diwarna-warnikan jangan sedih selalu...selalulah senyum sebab senyum tu penawar penyakit...

(p/s : sesiapa yg mendapatkan rawatan minum iodin ni perlu dikuarantinkan & mengelak dri berada satu kawasan dengan kanak2x bawah 12 tahun & ibu2x mengandung sebab ianya mengandungi iodin radioaktif...so, aku awal2x dh ceritakan kt bos aku n aku start cuti....yahooo..boleh relax2x kt rumah..)