Sunday 27 November 2011

Sebab Mengapa LCW selalu kalah pada Lin Dan.....

Hari ni aku nk buat entry pasal pemain badminton kebanggaan kita & negara iaitu Dato' lee chong wei..Entry kt atas bukanlah dengan tujuan untuk merendahkan kredibiliti yg ada pada beliau tapi sebagai peminat tegar sukan negara khususnya badminton, aku nk bagi pendapat & share maklumat dengan korang semua...Aku mula mengikuti perkembangan lcw sejak dulu lagi, boleh dikatakan mula2x beliau bermain di sirkit antarabangsa & super series.. kalu ada perlawanan membabitkan lcw, mmg aku akn mengikuti dengan penuh minat permainan beliau...kita sepatutnya berbangga sebab negara mempunyai pemain yg brsemangat tggi & gaya permainan yg menarik mcm lcw yg brkedudukan no.1 dunia ketika ini. 

Gaya permainan lcw sngat menarik utk diikuti...selari dgn perkembangan usia, corak permainan beliau juga semakin matang...tapi mengapa setiap kali pertemuan membabitkan lcw & lin dan selalu saja brkesudahan yg tidak berapa baik @ lebih tepat sering kali kalah jika berlawan dgn jaguh dari tembok besar China itu...Dalam 26 pertemuan antara keduanya, lin dan memenangi perlawanan sebanyak 18 kali berbanding lcw 8 kali..(benar, rekod pertemuan tidak boleh dijadikan sandaran utk mengukur prestasi semasa antara keduanya...) namun brdasarkan rekod itu juga, kita boleh simpulkan corak permainan semasa & kualiti yg ada pada keduanya...

Ramai org melontarkan pandangan, disebabkan Misbun Sidek yg tidak lagi melatih lcw, maka mutu permainan beliau sedikit merosot & ramai yg mahukan Misbun kembali melatih lcw jika ingin pingat emas pertama negara dlm sukan badminton digenggam pada Olimpik 2012 di London tahun depan. Adakah ketiadaan Misbun merupakan faktor utama mengapa lcw tidak dapat mengalahkan lin dan @ faktor pendokong semata2x...Nak dikatakan mutu permainan beliau merosot tidak juga, buktinya setiap kali beliau bermain tournament super series, setiap kali itu juga beliau akan melangkah ke final..ini menunjukkan konsistennya permainan lcw...kecuali jika beliau berjumpa lin dan di separuh akhir ( spt di Terbuka Hong Kong & China) di mana beliau kalah kedua2x pertemuan berturut2x...

Berdasarkn corak permainan antara keduanya, bagi aku tak de beza...dua2xnya adalah pemain yg sangat2x hebat jauh meninggalkan pemain2x badminton dari negara lain...faktor kekuatan mental sedikit memihak pada lin dan lebih2x lagi jika lin dan beraksi pada tahap terbaik beliau....Ramai peminat sukan tidak menggemari sikap lin dan yg dikatakan trlalu bongkak setiap kali memenangi perlawanan dgn lcw yg lebih merendah diri ...tapi suka @ tidak itu adalah sikap & self confident yg amat tggi mgkin juga ia brtindak sebagai kekuatan mental buat lin dan sendiri..suka @ tidak juga lin dan telah memenangi semua kejohanan utama dunia spt Piala Thomas, Sudirman Cup, Sukan Asia, Kejohanan Dunia, All England & Sukan Olimpik.....

Setiap atlet harus mempunyai kekuatan mental utk benar2x dapat bersaing di peringkat trtinggi...lihat saja bagaimana pemain bola sepak negara di sukan sea menyerap asakan pemain indonesia dgn puluhan ribu penyokong fanatik mereka sehingga berjaya mendapat pingat emas bola sepak & mempertahankan pingat emas yg menjadi milik Malaysia sejak 2 tahun lalu....Hanya keazaman & kekuatan mental saja yg membezakan antara kedua2x pesaing.....Masih ada masa buat lcw utk perbaiki segala kelemahan jika ingin menggapai pingat emas dlm di Olimpik...Mari kita berdoa semoga hari bahagia itu akan tiba..

p/s : Bila menulis entry ini, teringat aku dgn petikan ucapan Dato' Nicol David ketika beliau memenangi kejohahan squasy dunia sebanyak 6 kali...."saya rela gadaikan 6 gelaran dunia yg ada pada saya utk satu pingat emas olimpik...(mari kita doakan semoga squasy mempunyai tempat di Olimpik tahun depan.....)...& jika itu benar2x trjadi....bersiaplah utk mendengar lagu Negaraku dimainkan buat pertama kali di Sukan Olimpik....

1 comment:

  1. Merkur 46C Chrome Safety Razor with Stainless Blades - Deccasino
    Merkur 46C Chrome 1xbet Safety Razor with Stainless Blades: Merkur 34C, Merkur 37C. Merkur worrione 37C is a razor that deccasino offers a quality straight fit.

    ReplyDelete