Sunday 27 May 2012

TAHUKAH ANDA.......

Siapa pernah lihat iklan budak perempuan yg cukup suka bagi info2x berguna dekat ayah dia dengan ayat famaous tahukah anda!!!!...hehehe..Siapa yg suka baca pengetahuan am angkat tangan..oklah, nk kongsi dengan korang seberapa banyak fakta tentang hal-hal yg berlaku disekeliling kita yg boleh dijadikan panduan berguna...check it out

TAHUKAH ANDA....

1) Stadium Shah Alam adalah gelanggang utama skuad bola sepak Malaysia sebelum Stadium Nasional Bukit Jalil...

2) Perkataan Walkman mula-mula diguna pakai oleh pengerusi Sony yg ketika itu ingin mendengar lagu di dalam kapal terbang...

3) Rangkaian saluran berita CNN International adalah saluran berita kedua terbesar selepas BBC World..

4) Wasabi yg terkenal dgn kepedasannya & enak dicecah ktika menikmati sushi berasal dari tanaman asli Jepun dari keluarga kubis...

5) Satu2xnya atlet Malaysia yg pernah beraksi di Sukan Olimpik 4 tahun berturut2x adalah Leong Mun Yee dri sukan terjun bermula dri Athens 2004 sehinggalh London 2012...

6) Lapangan Terbang Heathrow di London merupakan lapangan terbang yang paling sibuk sekali di dunia...

7) Burung boleh keluar mencari makanan sehinga jarak beribu2x kilometer & kembali ke sarang dengan selamat & tidak sesat...

8) Diameter lubang golf adalah berukuran 10.79 cm sejak sukan golf mula2x diperkenalkan sehinggalah sekarang...

9) Komputer pertama yg dicipta besarnya menyamai sebuah gudang....

10) Deria rasa kupu-kupu terletak betul2x dikakinya....

11) Lokasi terpanas di bumi terletak di Libya yg dikenali dgn nama Di El Azizia dengan suhu mencecah hingga 57.8 celcius...

12) Tempat paling sejuk di bumi terletak di Vostok, Antartika dgn suhu boleh menjunam hingga -89 celcius...

13) Bahagian putih dikuku dikenali sebagai Lunula

14) Bilangan apa pun yg dikalikan dengan 9 maka hasilnya akan menjadi 9 juga... Etc 9x9=81, 81 (8+1=9)...

15) Zirafah boleh bertahan hidup tanpa air lebih lama berbanding unta

16) Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' & menganggukkan kepala pula bermaksud 'tidak'...


17) Lelaki lebih mudah mendapat masalah buta warna 10 kali ganda berbanding wanita....


18) Semua benua yg terdapat di dunia bermula & berakhir dengan abjad 'A'...


19) Badak air berlari lebih pantas berbanding manusia...


20) Buaya tidak dapat menjelir & menggerakkan lidah kerana organ itu  melekat pada lelangit...


21) Produk pertama yang menggunakan bar code ialah 'Chewing Gum Wringleys'...


22) Sungai yg terbesar di dunia adalah Sungai Amazon terletak di Amerika Selatan....


23) Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris ialah huruf  'E' manakala huruf  'Q' adalah huruf yg paling kurang digunakan....


24) Laut Merah mendapat namanya dari warna alga merah yg banyak ditemui di permukaannya....


25) Lembu adalah haiwan yg buta warna, oleh itu ia akan mengejar apa saja warna yg berkibar dihadapannya...


26) Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) ialah 20,000 tan....


27) New Zealand adalah negara pertama di dunia yg membenarkan wanita untuk mengundi...


28) Gurun Sahara di Utara Afrika mendapat namanya dari perkataan 'Sahra' yang bermaksud liar @ terbiar....


30) Secara purata, manusia minum sebanyak 8000 gelen air sepanjang hidupnya...


31) Setiap hari darah di dalam badan manusia bergerak sejauh 180,000 km...


32) Rata-rata wanita tidur 1 jam lebih lama berbanding lelaki...


33) Debu2x yang berterbangan di rumah anda adalah dari sel mati kulit manusia...






p/s : Ada banyak lagi fakta2x yang boleh membuatkan anda terkejut dan banyak lagi fakta & pengetahuan am yg patut anda tahu.... :-)







No comments:

Post a Comment